ROTI JOHN KUANG
Alhamdulillah ROTI JOHN KUANG (RJK) telah beroperasi dengan menggunakan sebuah Caravan aka Lori Putih yang dapur dalamannya direka menggunakan kayu ditambah dengan lampu downlide.
Kami belum lagi menggunakan Food Truck kerana faktor cuaca yang sangat panas dimana agak menyukarkan dan tidak memberi keselesaan kepada Team RJK untuk memasak dengan haba yang panas dan cuaca luar yang panas. Dan juga bagi saya Tidak Mesra Pelanggan. In sya Allah selepas ini akan ada juga Food Truck RJK kerana perlu mengikuti arus pemodenan yang mengiktiraf Food Truck.
Ok itu cerita pasal Food Truck dan Caravan.
Sebelum adanya "Dapur Bergerak Roti John Kuang" ini kami telah melalui pelbagai pengalaman termasuk dengan hanya memasak kuali kecil yang mampu memuatkan sebiji roti pada satu-satu masa. Bayangkan kesukaran pada waktu itu. Dengan rehat sejam. Perlu menyiapkan tempahan yang hanya kami terima sebanyak 30-35 biji sehari sahaja. Selepas beberapa bulan saya dan suami dapat membeli kuali yang lebih besar sedikit dan agak mudah. Setelah hampir3 tahun memasak di dalam rumah secara ON OFF. Alhamdulillah kami dapat membuka sebuah stall RJK. Kami hanya terima tempahan jika suami tiada tugas pada waktu rehat. Jika ada tempahan tidak diambil. Kami berniaga di dalam rumah juga atas permintaan pelanggan yang inginkan Roti John yang sedap. Saya dan suami masing-masing berkerjaya, jadi perniagaan ini adalah bagi memenuhi permintaan pelanggan dan sebagai part time. Adalah satu kepuasan apabila dapat memberikan suatu makanan yang memenuhi permintaan pelanggan. Dan rata-ratanya sangat berpuas hati. Maka, kami mulai mencari pekerja untuk diberi latihan memasak selama hampir 3 bulan sehinggalah kami berpuas hati. Latihan dilakukan di dalam rumah. Selepas itu, mulai berniaga di luar. Sekaligus memperkembangkan lagi jualan RJK.
Allhamdulillah syukur, berniaga menggunakan stall tidak sampai 6 bulan. Kami mampu untuk membeli sebuah Caravan. Dan dapat menambahkan lagi pekerja.
Team RJK beroperasi di Tapak Pasar Pagi Taman Sena Indah, Kangar. Berhadapan roundabout Kangar. Kami lebih memilih pekerja dari golongan kurang berkemampuan dimana dapat juga beramal disamping memberikan pekerjaan kepada mereka. Seorang adalah anak yatim dan seorang lagi pernah menghadapi kemalangan agak sukar untuk beliau diterima bekerja. Tetapi kami beri peluang. Dan alhamdulillah, sangat memberikan komitmen yang tinggi. Suatu petang datang seorang atuk membawa cucunya yang merupakan golongan OKU. Teringin sangat adik tu memasak bersama Team RJK. Suami saya tidak sampai hati untuk menolak. Beri peluang kepadanya untuk membuat kerja yang mudah. Dengan bayaran ehsan yang setimpal. Semoga kita sama-sama mendapat keberkatan dan rezeki yang luas dari Allah S.W.T. Insya Allah. Amin.
Resipi Roti John Kuang sejak Tahun 1998 lagi. Diolah dan ditambah baik hingga dapat menghasilkan Roti Joh Terbaik.
Jangan lupa LIKE page Facebook ROTI JOHN KUANG dan follow instagram roti_john_kuang
https://www.facebook.com/ROTI-JOHN-KUANG-752596901551583/?pnref=lhc













No comments:
Post a Comment